SUKU KAUM BANJAR DI SABAH


           Orang banjar merupakan suku kaum bumuputera bagi bahagian besar wilayah provinsi kalimantan selatan,indonesia.Mereka menggunakan bahasa Banjar,yang pada asalnya adalah bahasa melayu.Nama banjar berasal dari kesultanan Banjarmasin.

TARIAN SUKU KAUM BANJAR
terdapat banyak tarian tradisional orang banjar antaranya ialah,

➤TARIAN BAKSA KAMBANG
















TARIAN RADAP RAHAYU 



















TARIAN KUPU KUPU ATARUNG 























TARIAN KUDA GEPANG 














MAKANAN TRADISONAL ORANG BANJAR 


➤SOTO BANJAR 
















➤SAYUR KAMBANG TIGARUN
















➤CACAPAN ASAM
















➤BUBUR BAAYAK















➤KELEPON MARTAPURA
















Itu saja yang saya dapat kongsikan mengenai tarian dan makanan tradisional orang banjar...

  SEDIKIT SEJARAH TENTANG KAUM BANJAR  


Orang Banjar atau Melayu Banjar merupakan salah satu etnik yang menghiasi rumpun Melayu di segenap pelusuk Nusantara. Di Malaysia khasnya populasi Melayu Banjar ada di segenap ceruk rantaunya bermula dari Kedah, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan sehingga ke selatan Tanah Melayu iaitu negeri Johor Darul Takzim malah Negara tetangga Malaysia iaitu Singapura juga ada Orang Banjar. Bukan itu sahaja Melayu Banjar juga terdapat di Sarawak dengan lebih mengkhusus populasinya tertumpu di Bahagian Kuching dan Sri Aman. Dan tidak kurang juga di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu seperti di Sandakan, Tenom, Keningau dan Tawau.

Menurut catatan Depdikbud Kalsel (1982), orang Banjar adalah sekelompok masyarakat yang merupakan hasil percampuran yang berlangsung lama antara suku bangsa Melayu Tua atau dikenali dengan nama Proto Melayu dengan Deutro Melayu. Berabad lamanya Proto Melayu ini mendiami bumi Kalimantan dan seterusnya mengamalkan perkahwinan campur dengan sekelompok masyarakat Deutro Melayu yang berhijrah mendiami daerah-daerah pantai dan juga persisiran sungai-sungai utama di Kalimantan.

ada masa itu ada sebilangan Orang Banjar berpindah ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Inderagiri Hilir kerana giatnya syiar Islam di sana apabila anak Banjar sendiri yang berasal dari Martapura iaitu Syeikh Abdurrahman Siddiq bin Haji Muhammad Afif Al-Banjari atau Tuan Guru Sapat menjadi Mufti Kerajaan Inderagiri pada masa itu.
Berdasarkan kepada pencerahan ini maka sememangnya tidak dapat disangkal bahawa Orang Banjar atau Melayu Banjar itu sememang asalnya Borneo. Orang Banjar adalah pribumi Borneo berdasarkan kepada pautannya dengan pribumi Dayak Borneo.

Ketahuilah bahawa nenek moyang Orang Banjar di Borneo juga adalah antara pemburu kepala (The Head Hunter) yang ditakuti seperti apa yang diceritakan di dalam penulisan Carl Bock di dalam bukunya berjudul The Head Hunters Of Borneo; A Narrative Of Travel Up The Mahakkam and Down The Barito 1849-1932.







Comments

Popular posts from this blog