SUKU KAUM BAJAU 



ASAL USUL SUKU KAUM BAJAU 


Lazimnya, apabila disebut Bajau, kita segera terbayang bahawa ia adalah suku kaum yang mendiami kepulauan Filipina.
Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya Kaum Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara – dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara. Suku kaum bajau juga mempunyai darah keturanan orang spanyol, sewaktu zaman penjajahan di Filipina terdapatnya kahwin campur antara orang bajau dan orang spanyol di sebabkan itu suku kaum bajau mula tersesebar luas, Suku ini memasuki Borneo melalui kawasan Kota Belud dan Kudat. Mengikut fakta sejarah, "Bajau" adalah nama kepada salah seorang pahlawan Bugis yang berasal dari Makassar. Mereka telah membantu Johor menyerang Belanda. Kesannya, sehingga ke hari ini terdapat sebuah perkampungan kaum Bajau di negeri Johor. Kaum Bajau kemudian telah belayar melalui persisiran pantai Borneo dan membuka perkampungan mereka lebih awal di Kota Belud sebelum meneruskan pelayaran sehingga sehingga ke selatan Filipina. 
Di Filipina suku kaum ini telah diberikan gelaran sebagai kaum "Badjau" oleh Marco Polo sebagai kaum yang mahir dengan kehidupan laut dan tinggal dalam perahu. Kaum ini kemudiannya telah sampai ke kawasan Pantai Timur Sabah dan mendiami kawasan SempornaTawauLahad Dato dan Sandakan. Bagi membezakan suku ini, mereka dikenali sebagai suku "sama'" dari suku kaum "Badjau" yang berasal dari Selatan Filipina. Oleh kerana, asalnya dari selatan Filipina ia telah menjadi isu politik yang hangat di negeri Sabah khasnyas dan di Malaysia amnya. Ramai dari kalangan suku Badjau ini ini tidak mempunyai pengenalan diri dan dianggap sebagai kaum pendatang di Sabah. Meskipun, hakikat ini ada kebenarannya namun terdapat juga suku ini yang telah mendiami kawasan pantai timur sabah sejak dahulu kala. Kehadiran masyarakat Sama-Bajau di Laut Celebes telah direkod oleh pegawai Belanda pada 1657. Selain itu, tradisi lisan Samah/Sama-Bajau sepanjang Sabah Malaysia, Indonesia dan Filipina mendakwa bahawa asal usul mereka adalah dari Johor.
Dua bahasa "Samah-Samah" atau "Samar Lambuh" dan "Samar Laiyun" merujuk kepada dua suku kaum Bajau yang dikenali sebagai "Samah- Samah" atau "Samar Lambuh" dan "Samar Laiyun" yang menetap di Pulau Sibutu dan Pulau Musa. Bahasa mereka saling boleh difahami dengan Bajau Kota Belud.[2]
Bagaimana pun, pada masa kini penggunaan perkataan "Bajau" adalah merujuk kepada kedua-dua suku tersebut yang ternyata mempunyai persamaan dari segi peradaban namun banyak perbezaan dari segi bahasa. Masyarakat yang tinggal di Sabah boleh membezakan kedua-dua suku yang datang dari Kaum yang sama ini dengan mendengar intonasi dan bahasa yang mereka gunakan. Lantaran itu, masyarakat di Sabah ramai beranggapan Badjau itu adalah merujuk kepada Bajau Filipina manakala Suku Bajau itu sendiri merujuk kepada Kaum Bajau Kota Belud.



Terdapat sekurang-kurangnya 26 atau lebih subdialek bahasa ini yang dituturkan di Sabah dan Selatan Filipina. 26 (kini telah disenaraikan 31) subdialek ini belum mengambil kira subdialek yang terdapat dan dituturkan di Indonesia Timur. Berikut adalah 31 subdialek tersebut:
1. Ubian
2. Sallogan
3. Sapa’
4. Sikubung
5. Sapa’-sapa’
6. Tando’ Bas
7. Basbas
8. Tando’ Banak
9. Ungus Matata
10. Lo’ok Nato’
11. Kohek
12. Bannaran
13. Sitangkai
14. Simunul
15. Sibutu’
16. Pangutaran
17. Siasi
18. Laminusa
19. Nusa
20. Larapan
21. Musu’
22. Manubal
23. Pala’u
24. Sama (Kota Belud) 
25. Sama (Pantai Barat Sabah)
26. Sisangat
27. Siamal
28. Tabawan
29. Kagayan
30. Bangingi' (Balagnini atau Balangingi)
31. Tatabuan-Kaniogan
32. iyakan



PANTANG LARANG SUKU KAUM BAJAU 
Dalam masyarakat suku kaum bajau terdapat banyak pantang larang yang sehingga hari ini masih menjadi amalan kami sekeluarga. 
  1. Larangan menggunakan pingan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak semprna.
  1. Dilanrang menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah
  1. Dilarang duduk di atas tangga - jodoh datang lambat
  1. Dilarang makan cili - kerana nanti keras hati ,digil 
  1. Dilarang menyanyi di dapur - takut dapat suami tua 



 MAKANAN TRADISONAL ORANG BAJAU


➤Putu merupakan makanan yang agak popular dalam kalangan masyarakat Bajau di daerah Semporna. Makanan ini berasaskan ubi kayu yang sudah diparut dan diperah airnya, putu akan dimasak stim atau dikukus. Masyarakat Bajau lazimnya menjadikan putu sebagai makanan asas menggantikan nasi. Putu biasanya dimakan dengan sagol, kima, tayum, tehek-tekeh dan juga dengan ikan bakar.


➤agol Atau Senagol. Makanan ini merupakan isi ikan yang dimasak kunyit, biasanya hanya beberapa jenis ikan sahaja yang boleh dimasak sagol iaitu ikan yu, pari, kihampau, buntal, tombad dan lain-lain. Lazimnya ikan akan dicelur atau dimasak separuh masak bagi memudahkan isi ikan dihancurkan. Hati ikan akan dihancurkan dan minyak hati ikan inilah yang memberi rasa kepada makanan ini. Masakan ini dibahagikan kepada dua iaitu berkuah dan tidak berkuah. Sagol selalunya dimakan bersama keluarga ketika berkumpul menyambut perayaan.

➤Kima adalah sejenis kerang laut yang menyelit di celah-celah permukaan batu. Makanan ini agak popular di daerah Semporna. Ianya boleh dimakan mentah setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan perahan limau serta rempah ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan.


 ➤Latok atau gelaran yang diberi “Anggur Laut” merupakan sejenis tumbuhan laut menyerupai anggur berwarna hijau yang kecil saiznya. Latok boleh didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga dihidangkan di mana-mana restoran seafood di Sabah. Rasanya yang sedikit masin enak dimakan bersama sambal, ikan bakar dan nasi yang masih panas. Tumbuhan laut perlu dielakkan dari terkena cahaya matahari agar ianya tidak layu. Apabila Latok layu, rasanya akan menjadi tidak sedap. 




 TARIAN TRADISIONAL KAUM BAJAU  

➠Tarian darling darling 

Mengikut sejarahnya, tarian Daling Daling sebenarnya berasal dari Sepanyol. Ia dipercayai diperkenalkan oleh tentera Sepanyol kepada penduduk Filipina.

Akibat pengaruh yang dibawakan tentera Sepanyol, kini tarian Daling Daling menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau.


  

➠Tarian limbai limbai 


Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.
Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.
Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan 






















































Comments

Popular posts from this blog