
SUKU KAUM BAJAU ASAL USUL SUKU KAUM BAJAU Lazimnya, apabila disebut Bajau, kita segera terbayang bahawa ia adalah suku kaum yang mendiami kepulauan Filipina. Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya Kaum Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara – dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara. Suku kaum bajau juga mempunyai darah keturanan orang spanyol, sewaktu zaman penjajahan di Filipina terdapatnya kahwin campur antara orang bajau dan orang spanyol di sebabkan itu suku kaum bajau mula tersesebar luas, Suku ini memasuki Borneo melalui kawasan Kota Belud dan Kudat. Mengikut fakta sejarah, "Bajau" adalah nama kepada salah seorang pahlawan Bugis yang berasal dari Makassar . Mereka telah membantu Johor menyerang Belanda ...